CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 6, 2010

JAWAPAN UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN....!!!

SOALAN:

1. Kenapa ye wanita kena tutup aurat??? Bukan ke itu namanya menghalang kebebasan wanita?

2.Wanita perlu @ wajib ikut perintah suami hatta walaupun masa tu die(isteri) berada di belakang unta??? Agama lain tidak ada pula perkara begini??(dalam isu tempat tidur)

3. Kenapa wanita kalau nak bagi kesaksian, dibezakan nisbahnya dengan 2 saksi perempuan bersamaan dengan bilangan 1 orang saksi lelaki?

4. Kenapa ya wasiat dalam Islam, lelaki dapat lagi banyak dari perempuan???bukankah tidak adil namanya????

5. Kenapa talak terletak di tangan suami dan bukan istri.?


6. Kenapa lelaki boleh poligami ye dalam Islam???Kenapa perempuan tak boleh kawin empat jugak?


7.Kenapa perempuan tak boleh jadi imam masa solat tapi lelaki je boleh???


Persoalannya...betulkah Islam meletakkan taraf wanita di tahap bawah lebih rendah daripada lelaki???



SUDAH TENTU TIDAK.





JAWAPAN :

1) Nak tanyalah, kalau korang sayang sesuatu barang tu, korang simpan ke korang tayang kat orang??? Contohnya, kalo korang bela satu haiwan peliharaan, korang simpan die dalam sangkar ke @ korang biarkan die lepas bebas cam tu jer???

Mudah saja jawapan, barang yg kita sayang sgt2, sudah tentu kita belai2 dan sayng tu kita simpan kat suatu tempat yang teraman dan paling terbaik. Sampai tahap kronik tu, tak nak bagi lansung orang lain sentuh kan????

So..begitu jugalah wanita..seluruh tubuh badannya sangat penting dan berharga dan Islam sangat menyayangi wanita kerana wanita itu ibarat nya seperti intan permata yg cantik dilihat tapi disentuh jangan.

Hanya orang yang membelinya dengan satu ikatan perkahwinan itu sahajalah yang layak melihat keindahan tubuh badannya yang tersimpan rapi itu dan menjaganya dengan sebaik mungkin.

Tegakah kalian kalau membiarkan mata-mata liar lelaki lain melihat keindahan tubuh anak-anak@ isteri kalian dengan mata syaitan???

Cuba fikir logik,mana yg lebih moden, seorang yang berpakaian separuh bogel dan hidup di bandar, berbanding dengan penduduk asli di pedalaman hutan yang memang berbogel?




2)Wanita perlu taat kepada suami,tetapi tahukah... lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada"Bapaknya"? Malah, di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita, yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya,bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu :suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Tapi, perempuan?Fikirkan..

Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Sholat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga Kehormatannya..Mudah kan???

Tapi sedarkah kita? Sorg lelaki wajib berjihad di jalan Allah, tapi bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala yg sama sprti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata pun.




3. "Atau jika kedua-duanya bukan lelaki (saksi-saksi dalam perjanjian perdagangan yang tidak bertulis), maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan engingatkannya"(2:282).

Walaupun dua saksi dibawa utk memberi penyaksian, perlu diingat hnya seorang jer yang beri kesaksian. Yang seorang lagi mengingatkannya jika dia sesat, seperti berkahwin dengan saksi lelaki, atau kerana wanita , hormonnya yang mudah mempengaruhi emosi masa dia mmberi penyaksian.

Kesaksian terdedah kepada tekanan pihak lelaki, dan dgn itu Allah menetapkan dua perempuan, Dia memberi perlindunagn kepada mereka daripada manipulasi kaum lelaki. Dan inilah satu-satunya kesaksian yang memerlukan dua perempuan (perjanjian perdagangan tanpa tulis). Dalam kes perjanjian hutang sahaja, dalam kes lain tak perlu 2 saksi perempuan..inilah yg ramai orang salah faham..

Dalam yang lain tak, malah memadai dgn sumpah laknat Allah akan jatuh ke atasnya jika die memberi saksi palsu seperti ayat ini, "Dan orang-orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar." (24:6)klik sini




4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami?Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk istri dan anak-anaknya ?

Ok.. contoh, jika ada seseorang meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, maka anak lelaki mendapat dua kali ganda bagian adik beradik perempuannya (2:1), lalu masing-masing menikah.

Pada saat menikah, anak lelaki itu harus membayar mahar, menyediakan tempat tinggal, memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sepanjang hayatnya.

Sedangkan saudara perempuan akan mendapat mas kahwin daripada suaminya dan tidak dituntut untuk memberikan sedikit pun daripada harta miliknya untuk diserahkan kepada suami, atau menafkahi urusan rumah tangganya, ataupun kepada anak-anaknya.

Maka, dengan demikian saudara perempuan dapat menghimpun bahagian harta pusaka daripada orang tuanya dengan mahar yang ia peroleh daripada suami, dan bersamaan dengan itu ia tidak dituntut untuk menafkahi diri dan anak-anaknya.

Jika demikian, kan tak adil jika lelaki mendapat bahagian yang sama dengan anak perempuan?




5.Hmmm… egonya kau lelaki… siapa kata hanya kau saja yang mempunyai kuasa talak? Ya, memang diakui bahawa kuasa melafazkan talak itu terletak di tangan lelaki atau suami tetapi ketahuilah bahawa Islam memperuntukkan bahawa isteri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan ikatan sesebuah perkahwinan.

Malah, kuasa wanita atau isteri lebih besar berbanding kuasa suami. Kenapa? Kerana suami hanya arif mengenai talak tetapi isteri berkuasa menggunakan khuluk, fasakh, takliq malah juga isteri boleh memanipulasikan kuasa talak suami.Bagaimana memanipulasikan kuasa talak suami?

Seksyen 47 Akta Undang-undang Kekeluargaan Islam Wilayah Persekutuan (peruntukan yang sama bagi negeri-negeri lain di Malaysia, hanya berbeza sekysen sahaja) memperuntukkan bahawa sesebuah perkahwinan hanya boleh dipisahkan apabila ada persetujuan kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri.

Bererti apabila seseorang individu itu samada suami atau isteri inginkan perceraian maka Mahkamah menetapkan bahawa perceraian tersebut perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju maka perceraian tidak dibenarkan dan kes akan dibawa ke jawatankuasa pendamai.

Melalui jawatankuasa pendamai ini pula, sekiranya masih wujud pergolakan maka diwujudkan satu pihak yang dinamakan hakam. Di sinilah kuasa talak suami boleh dimanipulasikan.

Sekiranya pihak yang memohon perceraian adalah pihak isteri dan suami berkeras enggan menceraikan sedangkan pihak jawatankuasa pendamai dan hakam berpendapat perceraian antara kedua mereka adalah wajar, maka hakam akan mengambil alih kuasa cerai daripada suami. Menepati bahawa, isteri juga mempunyai kuasa cerai atau talak.

Begitu juga dengan fasakh, khuluk dan takliq… ketiga-tiganya memberikan kuasa kepada isteri untuk mendapatkan jalan keluar dari perkahwinan yang tidak lagi memberikan kedamaian dan kebahagiaan kepada mereka. Lantas, wahai lelaki dan suami yang merasakan hanya kamu mempunyai kuasa menceraikan…

berfikirlah semula dan berhati-hati dengan tingkahmu… jangan sampai satu masa, kamu yang diceraikan oleh isteri kamu.




6. Islam tak adil kerana bagi laki kawin banyak??apasal pompuan takleh byk gak???Cuba analisa logik di bawah..

Ok.Katakanlah penduduk dunia ini berjumlah lima juta orang lelaki hanya satu juta manakala selebihnya adalah perempuan.Dari segi lojik akal apa yang agama Islam anjurkan ialah yang paling munasabah.Kaum lelaki dibenarkan kahwin sampai empat kerana jumlah perempuan lebih empat kali ganda,tapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu.


Namun yang agak pelik budaya orang-orang barat,suami tidak dibenarkan berkahwin lebih dari satu tetapi suami tersebut boleh menjalinkan hubungan luar nikah dengan puluhan wanita lain,bahkan dengan Isteri orang pun boleh.Itulah hakikatnya,bertamadun betul la ya!!.

Yang menghairankan lagi TAKk pernah mereka mengkritik budaya ini tetapi sebaliknya apa yang Islam gariskan itulah yang depa kritik dengan bersungguh-sungguh,sedangkan ianya jarang berlaku,kalau ada pun satu dalam seribu.

Cuba kita kira brapa ramai orang Islam yang kahwin lebih dari satu?.Kalau ada pun boleh dikira dengan jari.Suka saya tambah disini,nafkah untuk anak-anak diwajibkan atas bapa samaada suami atau isteri itu bercerai atau pun tidak.Sebaliknya budaya barat takk menghiraukan semua ini.

Berapa ramai anak-anak yang tidak memgenali ibubapa mereka?Mengapa barat tak mahu mgkritik budaya mreka ni yg mengheret budaya tak ubah seperti binatang?Jangan lupa faktor peperangan juga turut mengakibatkan bilangan lelaki berkurangan dan sistem poligami Islam amat diperlukan di negara2 yg trbabit dgn perang itu.


Jika kita lihat dari konteks syumul, bilangan wanita lebih ramai lagi dari lelaki dan salah satu tanda akhir zaman ialah inilah. Mana lebih baik, mebiarkan perempuan2 menjadi andartu @ janda @ biarkan suami buat hubungan sulit @ zina dengan wanita lain tanpa ikatan yang sah di belakang kita dan terus meramaikan anak luar nikah hasil sumbangan hubungan terlarang itu??

Aaaaaaaa..knapa permpuan tak le kawin 4 jugak??


Hmmm..cuba bayangkan kalau perempuan boleh kawin 4, larat ke die nak layan nafsu suami die yang 4 itu??? Pengsan aku rasa...maklumlah, fitrah kejadian perempuan dan lelaki itu berbeza...perempuan ada masa dtg surut airnya..kadang2, kalau die datang bulan macam mana??? Takke 4 orang suami2 die tu kene puasa sbb tak le bini die nak layan??? Logik tak?

Lagi satu, kalau perempuan yg kawin 4 tu mengandung, mana satu bapak pada anak yg dikandongnya itu??? Suami pertamakah, kedua kah, ketigakah@keempatkah??? Boleh ke die nak bajet time bile die tidur ngan mana satu laki die tu sampai boleh wat die ngandong tu???Sure ke anak lahir tu anak suami mana satu?blh bajet ke sperm mana guna?nak Bin atau binti kan dengan bapak yang mana ek?hehehhe...




7. Last...soalan ringkas je nak tanya..sapa kata Islam tak benarkan pompuan jadi Imam dlm solat??

BOLEH!!!! Wanita boleh jadi Imam kalau die berjemaah dengan wanita-wanita lain. Hanaya dengan lelaki je dia tak boleh jadi imam..
Kenapa?? Ok..simple je logik nya...

Bayangkan kalau wanita jadi Imam kpada lelaki..do u think lelaki2 tersebut boleh bersolat dgn khusyuk dan tawadu'nya..??? Kamu rasa mana laki tu akan pandang???

Pandang sejadah tapi hati nak pandang Imam pompuan depan tu ke @ memang tak pandang sejadah pun tapi mata tu dok khusyuk tgk perempuan tu punya body masa die tgh sujud atau rukuk..
At last..solat ke mana kan???Hahhahaha...


Fikir2kan and runungkan:)

0 comments: