CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, August 25, 2010

Bazar Ramadhan Parit Buntar

Salam semuanya..lama rasanya saya tak buat new n3..dah rasa rindu sesangat..tapi tu la masa tidak mengizinkan..kawan kawan semua apa khabar?sihat hendaknya dalam menjalani ibadah puasa ini..sebenarnya nak cita pasal bazar ramadhan Parit Buntar..niat tu nak masak untuk mak mentua,dah keluar rumah dari pagi balik sekejap antar barang,lepas zohor keluar pulak,nak pergi cari baju melayu untuk hubby dan anak teruna,tu yang tak sempat nak masak last2 pi masak kat bazar ramadhan je le..boleh tahan juga makanan kat sini ..ada kelainan sikit ngan kat Penang..apa2 kita layan gambar kat bawah
nasi tomato Makcik Nah..sedappp
agar agar kiwi
beranika jenis talam
kebab
anakku dan hubby
scewer sedap juga
diorang bakar letak sos
agar agar
beranika jenis kuih muih
cucur udang campur2
hubby beli otak otak..boleh tahan
otak otak sedang dibakar
yong taufu
aku rembat juga nasi kerabu ni

Thursday, August 19, 2010

Bazar Ramadhan Little India

Salam semua,hari ni cuaca macam nak mendung dan hujan je kan..sekejap2 keluar panas la pulak,apapun alhamdulilah itu semua rahmat dari Allah,apa yang diberikannya kita redha juga menerimanya.Ni nak cerita pasal bazar ramadhan little india,memang setiap tahun mesti pegi punya,nak pi cari nasi beriani dan kuih muih mamak,nak tukar selera
buah kurma berlambak lambak
ni kurma kotak dan timbang

ni buah berbagai
wadei sedang digoreng..sedapppp
anakku berlindung panas
menunggu kuih yang sedang digoreng
somasa ayam
air kelapa

pasembor mamak..boleh campoq2
ayam goreng
ni kat Penang panggil roti surai..ada orang panggil roti jala
orang sedang membeli juadah
nasi beriani Tajuddin
kepenatan
halwa maskat mamak..walaupun rupamu gelap kau tetap menjadi pilihan anak2ku
ini pilihanku,suka sangat dengan kuih somasa ayam ni memang sedap..tak caya mai terai

kuih muih mamak
ni semua lauk pauk
tengah dok bincang berapa ketul nak tapau ayam ros

Sunday, August 8, 2010

Adzillah datang konvokesyen USM

assalamualaikum..lama X tak buat N3,rasa macam malas nak upload gambar...apapasal entah la.hari khamis baru2 ni kawan dari Melaka datang untuk konvokesyen dekat USM,dekat le dngan umah,so dia datang dengan keluarga dia.terlanjur tu dia siggah umah..kami leka berbual dengan keluarga illa.diaorang sampai umah lebih kurang kul 9.00kami gebang sampai kul 12.00mlm.kami sekeluarga serta kawan2 semua bersyukur kerana illa telah tamat pengajian setelah berhempas pulas memerah otak dan tenaga akhirnya dapat menamat pengajiannya tahniah ku ucapkan buat illa..ada rezeki kita jumpa lagi terimakasih illa sudi singgah ke rumah kecilku yg seadanya ini..semoga perjalanan balik illa dipermudahkan allah dan selamat sampai ke Melaka...
baju putih tu la hero cikgu illa..apa macam hensem kannnn..jhon banyak berkorban untuk isteri tersayang,selama 4 tahun berulang ke penang pada hujung tahun untuk menemankan buah hati dia hehehe
yang baju biru gelap tu saya punya la hehehe..diaorang ni baik sangat dah macam kenal dah berpuluh puluh tahun
ni la cikgu illa.. yg budak2 dua orang tu anak2 illa comel comel
walaupun selama ini banyak cabaran dan dugaan,namun kau tetap tidak pernah menyerah kalah...malah kau sedaya upaya mengharunginya..kini kau tersenyum gembira dan berbangga dengan kejayaan ini...semoga selepas ini kau akan dan tidak jemu mencurahkan bakti dan tenaga kepada anak bangsamu...

masa ni diorang dah nak bertolak balik ke Melaka
ni anak sulung illa..cepat mesra dengan uncle zaidi...sebab uncle zaidi ni pandai ambil hati kanak2

ni la kedua dua ibu mereka datang memeriahkan lagi konvokesyen illa
sikakak dah dpat tengok cerita upin ipin diam la sekejap hehehe

asalnya cuma kenal dengan kawan daripada kampung..tiba2 boleh menjadi mesra dan terasa seperti saudara..illa dan keluarga sangat mesra dan ramah orangnya,begitu juga dengan ibu illa dan ibu jhon ..kami harap kita berkawan sampai ke mati yaaa...
perjalanan yang jauh..kesian ngan mak jhon lengoh lutut dia,tengok tu asyik pegang lutut..itu la dikatakan suatu pengorbanan....
illa tersenyum gembira..nak tau sebab apa,esok dia dah nak pakai jubah..seronoknya
hujung tahun ini saya tak dapat jumpa dengan keluarga illa lagi..sebab illa dah tamat pengajiannya,kalau nak jumpa juga kena la turun Melaka...insyallah ada rezeki kami akan ke Melaka pulak