CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 16, 2010

Kekalkan kebahagiaan

Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan

Kalau perempuan nak mengorat lelaki macam mana?

Haihs, senang je jawapan ni. Perempuan kalau manja-manja, gedik-gedik sikit cair la lelaki tu. Tak susah pun. Jangan terover gedik dah la. Lari pulak mangsa tu nanti. Ahaks..

Lelaki nak pikat perempuan lebih susah. Sebab tu tips memikat yg aku share sebelum ni lebih kepada lelaki..

Tapi tips yg akan aku share pada kali ni sesuai untuk diaplikasikan bagi lelaki dan jugak perempuan..



Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan.

Dalam bercinta, takde jaminan yg kita akan bahagia sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi kalau kita takde ilmu dalam bercinta. Lagi cepat hubungan jadi porak-peranda..

Kat sini aku bagi beberapa point penting bagi membantu korang mengekalkan kebahagiaan dalam perhubungan..


1. Menghargai pasangan.

Sebenarnya, apa yg wanita mahukan drpd seorang lelaki adalah rasa ingin dihargai. Perempuan sanggup buat apa sahaja asalkan dia mendapat perhatian drpd pasangannya. Skop menghargai pasangan ni sangat luas. Oleh tu, kat post akan datang aku akan share tips khas "cara-cara untuk menghargai pasangan."


2. Cuba untuk memahami.

Sifat memahami sgt penting dlm perhubungan. Jika pasangan korang sibuk dengan sesuatu kerja, jangan desak atau paksa dia. Berikan dia ruang dan masa. Letakkan diri korang pada kedudukan si dia. Korang akan jadi seseorang yg lebih memahami dengan berbuat camtu..


3. Belajar kawal ego dan emo.

Memang sifat semulajadi lelaki lebih EGO dan perempuan pulak EMO. Dalam bercinta, kurangkan ego dan emo masing-masing. Dan pada masa yg sama, belajar macam mana nak kawal ego pasangan korang..

Contohnya, perempuan jangan sesekali cabar ego lelaki. Kalau dia marah, biar dia cool down dulu. Jangan provoke atau lawan dia. Lelaki ni kalau marah semacam sikit..

Lelaki pun sama. Kalau si dia merajuk. Bagi dia masa utk dia tenangkan diri dulu. Pastu baru boleh pujuk. Tapi hati-hati, jangan biarkan dia terlalu lama. Takut pihak ke 3 datang menyelit pulak nanti..


4. Tolak-ansur.

Dalam bertolak-ansur ni kedua-dua pihak kena mainkan peranan. Kalau sebelah pihak je yg asyik mengalah pon tak jadi. Walaubagaimanapun, kalau takut hubungan jadi teruk masa berselisih faham, korang mengalah je la. Mengalah tak bermaksud anda kalah..

Tips Jejaka Terhangat, kalau mengalah tu gunakan cara psikologi supaya dia akan rasa bersalah. Contohnya, guna ayat camni:

"Yela, saya salah. Saya banyak kelemahan. Mungkin saya tak layak untuk awak".

Gunakan ayat kesian. Kalau betul dia sayangkan korang, sedikit sebanyak dalam hati dia akan rasa bersalah. Cara ni jugak sebenarnya salah satu teknik memujuk. Kena main psiko skit..


Tu je setakat ni tips memikat kali ini

0 comments: