Syukur kehadrat illahi pada 25hb december 2010 genap 18 tahun usia perkahwinan kami... bersama melalui suka dan duka sepanjang hidup bersama..
Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai dikala dekat
saling mengingatkan dikala bahagia
saling menjaga kehormatan dikala jauh
sempurnakanlah kebahagian kami dengan menjadikan perkahwinan ini kekal buat selama lamanya
Itulah yang selalu aku pohon setiap kali selepas solat,aku rasa kau orang pun macamtu jugakan ...sapa2 pun dalam dunia ni mahukan kebahagiaan sepanjang hayat bersama keluarga tersayang.
Aku terpaksa sambut my annivesary kat kampung sebab ada kenduri sepupu aku...dah tak boleh nak pergi bercuti,mak aku asyik dok talipon suruh balik..jangan dok bagi alasan dia mesti tak mau dengaq...aku ada cakap kat mak aku yang aku tak mau balik sebab nak p bercuti nak sambut annivesary...mak aku kata apa.. suka hati hampa la,kenduri hampa dulu diaorang bersusah payah alih2 kenduri diaorang aku X mau balik,terus mak aku letak talipon....sedih jugak aku mak dah merajuk...selang dua hari lagi dia talipon lagi jadi balik ke tidak hmmmm kalau camtu linda balik la mak...dan2 tu jugak mak aku jadi ramah dia cerita tu cerita nu macam2 la sampai lengoh tangan dok pegang ganggang talipon...nanti kita tua camtu la,hati ibu dengaq anak nak balik bertapa seronoknya dia.....sayang makkkkkkkk
0 comments:
Post a Comment