CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, December 25, 2010

Kenduri kahwin


Sebagai mana yang telah diberitahu,aku pun balik kampung dari Penang bertolak 2.45am sebab apa lambat paham2 la anak2 bila dah buka fb meleret2 la diorang cakap sat la..sampai umah mak dalam kul 3.50am...semua tengah sedap tido jenuh juga anak aku mengetok pintu,padan muka diorang sapa suruh balik lambat.kat umah semua saudara mara dah berkumpul ramai la kat umah mak..tempat tido tak takut tak, cukup masih banyak lagi tempat kosong...aku tak boleh lena sebab dah dekat nak subuh nanti takut terbabas...dalam kul 5.00am mak long aku dari KL bangun nak gi toilet macamana golek punya golek terjatuh punyak la kuat bunyi...anak aku ingatkan hantu hehehe...esok tu aku cerita kat satu rumah punyah la gelak...pagi tadi mak long aku dok sakit kat bahu dia pasai jatuh semalam hehehe..malam ni dia dah tak mau tido kat umah mak aku,dia gi tido umah kenduri sedara aku takut jatuh lagi hehehe..bila dah berkumpul macam2 cerita....
ni gambar anak teruna aku dengan anak bapak saudara aku dari KL..comei ooo nama dia Ipah
ni la bapak saudara aku yang baik sangat... dia sakit dah 2 tahun kena buatan orang
adik mak yang bongsu dok kat KL..masa dia sihat dia keja kat hospital..yg perempuan tu semua anak dia yg lelaki tu penyebok anak aku
Yang pakai baju hitam Alba dia pun dok KL kawin dengan orang Padang Rengas,sepupu ngan aku..baru anak sorang
ni pun bapak saudara aku dia dok KL juga
sukanya Aniq dapat tangkap gambar ngan Pakcik Ani..bukan senang nak bergambar

yang baju hitam dah disunting orang...lagi dua masih kosong sapa2 nak sila angkat kaki
kan main yang baju hitam ni tadi pusing depan...pastu pusing belakang pulak suka hati kau la siti oiii
ni saudara mara
bila la paksu nak sihat macam dulu2...
anak Alba tak suka dipegang..geram tengok badan dia
dah nak lari takut orang ambil dia
aku ngan saudara diaorang sekarang tinggal kat Seremban..balik juga
dah lama ina ni tak balik kampung...ni la aku jumpa dia,tu pun sebab kenduri kalau tidak entah bila dapat jumpa
sebagai kenangan
ni la acik kawin ngan orang mana tah tapi KL la
acara suap menyuap kek
Mak Tam yang pakai tudung biru dia dok Pak














Thursday, December 23, 2010

ANNIVERSARY



Syukur kehadrat illahi pada 25hb december 2010 genap 18 tahun usia perkahwinan kami... bersama melalui suka dan duka sepanjang hidup bersama..
Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai dikala dekat
saling mengingatkan dikala bahagia
saling menjaga kehormatan dikala jauh
sempurnakanlah kebahagian kami dengan menjadikan perkahwinan ini kekal buat selama lamanya
Itulah yang selalu aku pohon setiap kali selepas solat,aku rasa kau orang pun macamtu jugakan ...sapa2 pun dalam dunia ni mahukan kebahagiaan sepanjang hayat bersama keluarga tersayang.
Aku terpaksa sambut my annivesary kat kampung sebab ada kenduri sepupu aku...dah tak boleh nak pergi bercuti,mak aku asyik dok talipon suruh balik..jangan dok bagi alasan dia mesti tak mau dengaq...aku ada cakap kat mak aku yang aku tak mau balik sebab nak p bercuti nak sambut annivesary...mak aku kata apa.. suka hati hampa la,kenduri hampa dulu diaorang bersusah payah alih2 kenduri diaorang aku X mau balik,terus mak aku letak talipon....sedih jugak aku mak dah merajuk...selang dua hari lagi dia talipon lagi jadi balik ke tidak hmmmm kalau camtu linda balik la mak...dan2 tu jugak mak aku jadi ramah dia cerita tu cerita nu macam2 la sampai lengoh tangan dok pegang ganggang talipon...nanti kita tua camtu la,hati ibu dengaq anak nak balik bertapa seronoknya dia.....sayang makkkkkkkk

Friday, December 17, 2010

Anak Sulung aku Dah Jadi Anak Teruna

Anak Sulung



Ni anak sulung aku..Muhammad Amirul Aqmar namanya...panggil Amirul je...dah 16 umurnya...sekarang masih belajar di sekolah menengah Sungai Nibong dalam aliran Sains Akaun di Pulau Pinang...melahirkan dialah yang paling menyakitkan dan membuatkan berasa serik untuk bersalin lagi...tapi dah qada dan qadar allah swt...umur dia lebih kurang 1 tahun 6 bulan aku mengandung anak yg kedua...ni aku nak cerita pengalaman melahirkan dia harap2 dia baca pengorbanan seorang ibu...


Masa mengandungkan Amirul kat Penang...melahirkan dia kat Hospital Bersalin Taiping,waktu tu aku dah cuti hampir 2minggu dok kat Penang..ingat nak bersalin kat Penang je..tapi dia X nak keluar...mungkin dia nak lahir kat Taiping kot...

Masuk la wad ke 3 campur macam2 bangsa...kalau nak diikutkan aku tak kisah...tapi tahap kebersihan dan layanan dia amat teruk...macam macam bau ada...tandas pulak kotor...masa tu 16 yang lepas...mungkin sekarang ni tak lagi kot...mungkin dah ada perubahan...dah la seksa nak keluarkan si Amirul ni...sakit punya la lama 3 hari 2 malam punya la teran tapi X buka2 masuk labour room punya la lama..orang lain msuk jap dah keluar...aku dari mlm sampai esok X bersalin2 juga ....aku merungut dalam hati aje..tak berani nak kata apa2

Thursday, December 16, 2010

- Berapa Harga Isteri Anda..??? -

السلام عليكم ورحمة الله........


Hargailah "panggilan" isteri & ibu ......

Mulianya seorang isteri disisi Allah.... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
google ads

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…
google ads

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
google ads
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
google ads

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. .

Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.



GOOGLE ads
 Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor from his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

google ads



"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu .....


google ads
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
google ads

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllaLLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini..
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

p/s-batuk batuk batuk batuk batuk batuuk....rrrrrr

Kekalkan kebahagiaan

Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan

Kalau perempuan nak mengorat lelaki macam mana?

Haihs, senang je jawapan ni. Perempuan kalau manja-manja, gedik-gedik sikit cair la lelaki tu. Tak susah pun. Jangan terover gedik dah la. Lari pulak mangsa tu nanti. Ahaks..

Lelaki nak pikat perempuan lebih susah. Sebab tu tips memikat yg aku share sebelum ni lebih kepada lelaki..

Tapi tips yg akan aku share pada kali ni sesuai untuk diaplikasikan bagi lelaki dan jugak perempuan..



Cara Untuk Kekalkan Kebahagiaan Dalam Perhubungan.

Dalam bercinta, takde jaminan yg kita akan bahagia sampai bila-bila. Lebih-lebih lagi kalau kita takde ilmu dalam bercinta. Lagi cepat hubungan jadi porak-peranda..

Kat sini aku bagi beberapa point penting bagi membantu korang mengekalkan kebahagiaan dalam perhubungan..


1. Menghargai pasangan.

Sebenarnya, apa yg wanita mahukan drpd seorang lelaki adalah rasa ingin dihargai. Perempuan sanggup buat apa sahaja asalkan dia mendapat perhatian drpd pasangannya. Skop menghargai pasangan ni sangat luas. Oleh tu, kat post akan datang aku akan share tips khas "cara-cara untuk menghargai pasangan."


2. Cuba untuk memahami.

Sifat memahami sgt penting dlm perhubungan. Jika pasangan korang sibuk dengan sesuatu kerja, jangan desak atau paksa dia. Berikan dia ruang dan masa. Letakkan diri korang pada kedudukan si dia. Korang akan jadi seseorang yg lebih memahami dengan berbuat camtu..


3. Belajar kawal ego dan emo.

Memang sifat semulajadi lelaki lebih EGO dan perempuan pulak EMO. Dalam bercinta, kurangkan ego dan emo masing-masing. Dan pada masa yg sama, belajar macam mana nak kawal ego pasangan korang..

Contohnya, perempuan jangan sesekali cabar ego lelaki. Kalau dia marah, biar dia cool down dulu. Jangan provoke atau lawan dia. Lelaki ni kalau marah semacam sikit..

Lelaki pun sama. Kalau si dia merajuk. Bagi dia masa utk dia tenangkan diri dulu. Pastu baru boleh pujuk. Tapi hati-hati, jangan biarkan dia terlalu lama. Takut pihak ke 3 datang menyelit pulak nanti..


4. Tolak-ansur.

Dalam bertolak-ansur ni kedua-dua pihak kena mainkan peranan. Kalau sebelah pihak je yg asyik mengalah pon tak jadi. Walaubagaimanapun, kalau takut hubungan jadi teruk masa berselisih faham, korang mengalah je la. Mengalah tak bermaksud anda kalah..

Tips Jejaka Terhangat, kalau mengalah tu gunakan cara psikologi supaya dia akan rasa bersalah. Contohnya, guna ayat camni:

"Yela, saya salah. Saya banyak kelemahan. Mungkin saya tak layak untuk awak".

Gunakan ayat kesian. Kalau betul dia sayangkan korang, sedikit sebanyak dalam hati dia akan rasa bersalah. Cara ni jugak sebenarnya salah satu teknik memujuk. Kena main psiko skit..


Tu je setakat ni tips memikat kali ini

Wednesday, December 15, 2010

RED BOX

ari ni aku ada masa nak update blog aku ni..nanti klau simpan lama2 jdi mlas plak..semalam hubby tipon tanya nak ikut X,aku tanya nak p mana..dia kata jom la,sebab Yantzen blum blik KL lagi jadi habby ngan kwan2 dia nak lyan la si Yantzen ngan anak buah dia Syafiq..kawan hubby dollah n geng tunggu kat red box.aku ngan hubby naik satu keta ngan Yantzen..bukan aku yg tmpang keta dia tapi dia yg tumpang keta hubby aku,keta dia rosak.kami g melalak kat red box sampai kul 3 pagi..keluar pastu g lpak kat gurney sampal kul 4.30 apa lagi perut pun berbunyi bagi syarat.pastu p pekena nasi beratoq,sampai umah dah kul 5.30 punya la mengantok..pas subuh sambung tidor nasib baik aku X keja
aniq ngan syafiq kat 7 eleven sempat lagi posing
amirul terpaksa naik moto sebab X muat naik keta..kalau muat pun dia mesti nak naik moto diakan
yang ni je yg tinggal yg lain dah balik X tahan ngantokkkkkkkkkk
aku ngan watie kebetulan baju kami serupa X janji pun
hubby ngan syafiq
Yantzen ngan hubby mata mcam dah ngantok
Dollah ngan Yantzen lama dah X jumpa dollah dah hmpir setahun
letih nyanyi semua nak p pekena nasi kandaq
amirul pasai apa buat muka camtu hahahaha
Jamil ngan Yantzen dah lama aku kenal ngan jamil ni baik orangnya
Malik ngan Yantzen aku X pernah ckap ngan Malik ni tapi dia kwn baik hubby mngkin dia malu nak smbang ngan aku kot nanti kita tanya dia ye sebab apa
Syafiq anak buah Yantzen dia nyanyi memang sedap mcam bapak saudara dia..bakal penganti Yantzen
Syafiq ni baru umur 15 thn pandai bawa diri..cepat mesra macam dia kenal kita 10 thn dah
jangan dok gosip tau ..aku ngan Jamil ni la satu2nya gambaq kami berdua,simpan buat knangan mana nak tau andainya aku pergi dulu gmbar ni la sebagai kenangan
yang ni kawan hubby dngan is3 dia..aku X pernah ckap ngan dia tapi smalam dia dngan braninya mai smbang ngan aku terkejut gak..aku X kisah aku lagi suka sebab aku dapat ramai kawan.... X silap aku nama dia Udin nama is3 dia lupa lak nak tnya..apa la aku ni X pa nanti kalau aku jmpa Udin aku tanya hehehe
posing jangan Xposing
tngok tu macam dah kenal lama..padahal baru beberapa hari kenal ngan anak aku
Yantzen tengah boh lagu permintaan orang Penang
rajin Yantzen ni dok layan kami X sombong langsung sesetengah artis terutama yg baru nak naik pnya la smbong..ikut jejak otai ni baik punya
Yantzen tengah layannnnnn
Jamil ngan member2 dia
Zam yg pakai baju hitam
gambar kenangan panjang umur kita jumpa lagi insyallah