CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 1, 2010

Friday, July 2, 2010

Berkat Pagi Jumaat

Salam,

Bangun pagi ditemani oleh hujan yang turun dari semalam sampai pagi jumaat.Sejuk yang amat..macam takmo bangun plak..hehehe nak2 pulak ada orang kat sebelah,paham2 je la apa boleh buat anak2 nak g sekolah dan yang sorang lagi tu kena pegi kem kat Sik Kedah.


Sebenarnya berat hati aku untuk melepaskan(Aniq)anak bongsu aku mengikuti kem ke Sik Kedah..maklum la cuaca sekarang ni tak menentu. cakap ngan Aniq takyah pegi la Aniq cakap tak boleh sebab nama dah dicatit,nanti cikgu marah..maka aku terpaksa la akur,mama doakan Aniq dan kawan2 selamat sampai dan selamat kembali.


Pagi2 lagi aku dah bangun untuk siapkan sarapan pagi nasi goreng,hotdog rebus untuk Aniq yang tengah nak kuruskan badan.semalam buat brownies untuk bekalan Aniq ke kem.abah yang hantar Aniq sampai sekolah pun masih hujan tak berhenti.Kenalah hujan walau keluar kereta berpayung.

OOppss..terbebel plak. Sori ekkk. Ni ada sedikit info untuk renungan dan yang boleh diamalkan oleh kita seharian.

1. Banyakkan beristigfar kerana ia ada kebaikan yang tersembunyi seperti menghilangkan sifat nyanyuk dalam diri, dikeluarkan Allah dari rasa gelisah & berdukacita dan dimurahkan rezeki. Insya Allah

Oh..ya, kalau rezeki kita murah, rajin2lah bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Bukan nilai yang penting tapi niat itu yang utama. Lepas tu kenalah ikhlas ketika menghulur tu jangan di dalam hati ada kata2 seperti "asyik minta derma je.."

Kalau tak mampu ngan wang ringgit atau harta benda, kita bersedekahlah dengan 3 cara ini 1. Tutur kata yang baik 2. Memberi salam (dengan betul ye...) 3. Memaniskan muka bila berhadapan dengan orang

Senyum itu sedekah

Tu je nak share pagi ni.. biar benda sikit tapi diingat dan boleh diamal oleh semua orang. Ni pun kira sedekah ni...sedekah ilmu, boleh ke? ^_^

Petua Yang Berguna

Salam,

Pagi ni nak share sikit petua yang pernah aku baca di dalam majalah dan emel. Aku ni ada satu habit iaitu akan mencatat apa2 perkara yang aku rasa penting/menarik/berguna dalam buku catatan. So, petua ni adalah salah satu daripada hasil catatanku.

Petua Anak Mudah Belajar, Terang Hati & Mendengar Kata

Setiap pagi sebelum anak2 ke sekolah, 1. Berdiri mengadap kiblat di belakang anak anda 2. Letakkan kedua2 tangan di atas kepala mereka tanpa menyentuhnya 3. Baca Surah Al-Fatihah & Surah An-Nas 4. Cium dahi anak & niat dalam hati apa yang kita nak doakan anak2 kita

Aku taklah selalu wat, jarang2 wat tapi suka sentuh anak2 dengan rasa kasih sayang pastu berdoa dalam hati. Biasalah kadang2 tak sempat lagi nak cium je dia orang buat malu2. Mungkin sebab dah besar tapi kadang2 aku peluk juga saja menyakat anak bujang aku.

Note : Tapi marah tetap juga kena marah kalau nakal..hehehe dengar tu Amirul ngan Aniq

0 comments: