CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 27, 2010

Muhasabah sikit....

korang kan..
pernah tak korang rasa macam..bangun pagi jek.. TAKNAK pergi kerje?
macam malassssssssssss je..macam..benci jee....meluat ke...

seriously..kengkadang aku pun ada rasa gitu gak masa dulu2 waktu aku keja..tapi sekarang aku dah jadi suri rumah sepenuh masa... bila baca email petikan dari ceramah Dr. Fazilah Kamsah ni kan... sikit sebanyak..bolehlah kongsi bersama...

korang baca yek...
memang mendalam sekali maksudnya.... yg tersurat dan tersirat..

ambik sebagai iktibar utk memperbaiki diri kita..

Datuk Dr. Fadilah Kamsah:

"Ada orang datang ke tempat kerja dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ."

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... "
Jadi renungkan lah....

1. Ada antara kita datang ke tempat kerja hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ...
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti...
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik''



kelebihan bulan syaaban...






ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.


Di bawah arasy, Allah SWT telah mencipta sebuah laut yang amat luas -

sejauh mata memandang. Di permukaan laut tersebut Allah telah mencipta

satu Malaikat yang amat besar. Sayapnya di sebelah kanan sejauh mata

memandang dan di sebelah kiri sejauh mata memandang.

Setiap kali umat islam berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

SAW pada bulan Syaaban maka malaikat tadi akan turun ke dalam laut

tersebut dan akan naik semula sambil mengibas-ngibas sayap-sayap dan

bulu-bulu di badannya. Maka akan berguguranlah

berjuta juta titik air dari tubuh malaikat tersebut.

Sekiranya seratus kali umat islam berselawat maka seratus kalilah

malaikat tadi akan turun dan naik kembali sambil mengibaskan sayap dan bulu pada

tubuhnya.

Dari setiap titik air dari tubuh malaikat tadi akan tercipta satu

mailaikat lain yang mana setiap malaikat akan

memohon dari Allah SWT akan keampunan dosa orang yang berselawat ke atas Nabi

Muhammad SAW pada bulan Syaaban sampai hari Qiamat.

Sekiranya sejuta titik air yang gugur dari tubuh malaikat tadi maka

terciptalah sejuta malaikat yang memohon keampunan orang yang berselawat.

Oleh itu rajin rajinlah berselawat pada bulan Syaaban yang mulia ini

kerana bulan Syaaban ini adalah bulan junjungan besar kita Nabi

Muhammad SAW. Semoga kita akan tergolong bersama orang yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

*lmu yang bermanafaat akan terus mengalir pahalanya kepada kita walaupun kita telah berada di alam barzakh*

-----------------------------------------------------------

Buat teman² ku, ini info aku dapat email dan terimakasih tuk adeq Bendahara, semuga kita semua mendapat ilmu dan pahala insya'allah... Thumbs Up

Untuk makluman semua.... Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari rabu
Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama
setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik
sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:


1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1xRakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam =

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Wallahua'alam


JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA , AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA JUMAAT 8 SEPTEMBER INI KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK TAHUN HADAPAN...INSYALLAH



Wednesday, July 14, 2010

TANDA-TANDA ANDA BERMASALAH

Pagi ni tetengah blogwalking tadi tetiba terjumpa artikel yg baik ni.Mudah-mudahan boleh dimanfaatkan.

TANDA_TANDA ANDA BERMASALAH

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  • Bibir pucat - Sistem penghadaman yang lemah, Perut mengandungi angin, Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a) Sendi

  • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
  • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
  • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA. Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA - Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
  • BISUL TERJADI DI KEPALA - Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING - Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
  • MULUT/KERONGKONG/LIDAH
    LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    MUNTAH DARAH - Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan, Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
  • LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
  • KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
  • KENCING
    KERAP KENCING: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
    AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
  • BUANG AIR BESAR
    CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    NAJIS BERDARAH - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
  • BADAN
    RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    - Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    - Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    - Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

  • RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
  • RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB : Sistem jantung yang lemah. Sistem saraf otak yang lemah. Masalah pengaliran darah.
  • SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, July 13, 2010

makan kat pen mutiara

Tuesday, July 13, 2010

Pen Mutiara






Friday, July 9, 2010

Abang Din Port Sembilang

Alhamdulillah - semuanya licin

Sudah berkali kali makan malam di gerai abg Din tapi nak sampai ke sana...2 kali pergi 2 kali sesat..sekarang dah pandai dah agaknya, kekurangan papantanda atau memang banyak makluk2 berterbangan yang menyesatkan kami..he he.Abg Din cukup ramah,tak sombong kalau aku tapau dah pasti dia bagi lebih

Pengunjung yang makan kat sini kebanyakannya berbangsa cina,maklum la tempat ni tempat nelayan,dah pasti banyak bangsa cina,nama tempat ni Tanjung Piandang Parit Buntar,kalau nak p makan tu rajin2 la bertanya dengan orang2 kat situ

Kalau berhasrat nak makan di sini, pastikan anda sampai selepas jam 10pm kalau datang awai jawapnya kena tungguuuu..kalau lewat sangat tingai periuk kosong


yang bestnya makan kat sini,ikan dia tak hanyir,ni ikan sembilang laut
ikan bawal putih
ikan pari dan ikan sembilang..tunggu masa nak terjun kedalam kuah kari

Ban Pecah,Tanjung Piandang

baru2 ni penang cuti,dok fikir2 mana la nak p..pada hal aku ni puasa,orang kalau puasa2 ni dok umah,aku dok fikir nak p jalan2 mana..cik Abg ckap jom kita p buka puasa kat Ban Pecah,aku apa lagi cepat2 p siap nanti kalau lambat2 takut ubah fikiran, punya la jauh tempat tu cantik juga..tapi sayang nyamuk banyak
dapat pekena kerang rebus panas2 syok gilerrrr....paberet aku ni

tenang dan mendamaikan
bersih ja tempat ni
time ni cuaca still redup ja...tapi alhamdulillah tak hujan

uuuuiiiitttt....cantiknya permandangan kat sini!!!!





tenang jer...boleh kasi tenang kepala otak yang berserabut...ikikiki...

dalam hati ada taman...ahakz!!!!


Tuesday, July 6, 2010

JAWAPAN UNTUK LELAKI DAN PEREMPUAN....!!!

SOALAN:

1. Kenapa ye wanita kena tutup aurat??? Bukan ke itu namanya menghalang kebebasan wanita?

2.Wanita perlu @ wajib ikut perintah suami hatta walaupun masa tu die(isteri) berada di belakang unta??? Agama lain tidak ada pula perkara begini??(dalam isu tempat tidur)

3. Kenapa wanita kalau nak bagi kesaksian, dibezakan nisbahnya dengan 2 saksi perempuan bersamaan dengan bilangan 1 orang saksi lelaki?

4. Kenapa ya wasiat dalam Islam, lelaki dapat lagi banyak dari perempuan???bukankah tidak adil namanya????

5. Kenapa talak terletak di tangan suami dan bukan istri.?


6. Kenapa lelaki boleh poligami ye dalam Islam???Kenapa perempuan tak boleh kawin empat jugak?


7.Kenapa perempuan tak boleh jadi imam masa solat tapi lelaki je boleh???


Persoalannya...betulkah Islam meletakkan taraf wanita di tahap bawah lebih rendah daripada lelaki???



SUDAH TENTU TIDAK.





JAWAPAN :

1) Nak tanyalah, kalau korang sayang sesuatu barang tu, korang simpan ke korang tayang kat orang??? Contohnya, kalo korang bela satu haiwan peliharaan, korang simpan die dalam sangkar ke @ korang biarkan die lepas bebas cam tu jer???

Mudah saja jawapan, barang yg kita sayang sgt2, sudah tentu kita belai2 dan sayng tu kita simpan kat suatu tempat yang teraman dan paling terbaik. Sampai tahap kronik tu, tak nak bagi lansung orang lain sentuh kan????

So..begitu jugalah wanita..seluruh tubuh badannya sangat penting dan berharga dan Islam sangat menyayangi wanita kerana wanita itu ibarat nya seperti intan permata yg cantik dilihat tapi disentuh jangan.

Hanya orang yang membelinya dengan satu ikatan perkahwinan itu sahajalah yang layak melihat keindahan tubuh badannya yang tersimpan rapi itu dan menjaganya dengan sebaik mungkin.

Tegakah kalian kalau membiarkan mata-mata liar lelaki lain melihat keindahan tubuh anak-anak@ isteri kalian dengan mata syaitan???

Cuba fikir logik,mana yg lebih moden, seorang yang berpakaian separuh bogel dan hidup di bandar, berbanding dengan penduduk asli di pedalaman hutan yang memang berbogel?




2)Wanita perlu taat kepada suami,tetapi tahukah... lelaki wajib taat kepada Ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada"Bapaknya"? Malah, di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4wanita, yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya,bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu :suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Tapi, perempuan?Fikirkan..

Seorang Wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Sholat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga Kehormatannya..Mudah kan???

Tapi sedarkah kita? Sorg lelaki wajib berjihad di jalan Allah, tapi bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH SWT, maka ia akan turut menerima pahala yg sama sprti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata pun.




3. "Atau jika kedua-duanya bukan lelaki (saksi-saksi dalam perjanjian perdagangan yang tidak bertulis), maka seorang lelaki dan dua orang perempuan, saksi-saksi yang kamu berpuas hati, bahawa jika salah seorang daripada keduanya sesat, yang lagi seorang akan engingatkannya"(2:282).

Walaupun dua saksi dibawa utk memberi penyaksian, perlu diingat hnya seorang jer yang beri kesaksian. Yang seorang lagi mengingatkannya jika dia sesat, seperti berkahwin dengan saksi lelaki, atau kerana wanita , hormonnya yang mudah mempengaruhi emosi masa dia mmberi penyaksian.

Kesaksian terdedah kepada tekanan pihak lelaki, dan dgn itu Allah menetapkan dua perempuan, Dia memberi perlindunagn kepada mereka daripada manipulasi kaum lelaki. Dan inilah satu-satunya kesaksian yang memerlukan dua perempuan (perjanjian perdagangan tanpa tulis). Dalam kes perjanjian hutang sahaja, dalam kes lain tak perlu 2 saksi perempuan..inilah yg ramai orang salah faham..

Dalam yang lain tak, malah memadai dgn sumpah laknat Allah akan jatuh ke atasnya jika die memberi saksi palsu seperti ayat ini, "Dan orang-orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar." (24:6)klik sini




4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami?Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk istri dan anak-anaknya ?

Ok.. contoh, jika ada seseorang meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan, maka anak lelaki mendapat dua kali ganda bagian adik beradik perempuannya (2:1), lalu masing-masing menikah.

Pada saat menikah, anak lelaki itu harus membayar mahar, menyediakan tempat tinggal, memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya sepanjang hayatnya.

Sedangkan saudara perempuan akan mendapat mas kahwin daripada suaminya dan tidak dituntut untuk memberikan sedikit pun daripada harta miliknya untuk diserahkan kepada suami, atau menafkahi urusan rumah tangganya, ataupun kepada anak-anaknya.

Maka, dengan demikian saudara perempuan dapat menghimpun bahagian harta pusaka daripada orang tuanya dengan mahar yang ia peroleh daripada suami, dan bersamaan dengan itu ia tidak dituntut untuk menafkahi diri dan anak-anaknya.

Jika demikian, kan tak adil jika lelaki mendapat bahagian yang sama dengan anak perempuan?




5.Hmmm… egonya kau lelaki… siapa kata hanya kau saja yang mempunyai kuasa talak? Ya, memang diakui bahawa kuasa melafazkan talak itu terletak di tangan lelaki atau suami tetapi ketahuilah bahawa Islam memperuntukkan bahawa isteri juga mempunyai kuasa untuk memutuskan ikatan sesebuah perkahwinan.

Malah, kuasa wanita atau isteri lebih besar berbanding kuasa suami. Kenapa? Kerana suami hanya arif mengenai talak tetapi isteri berkuasa menggunakan khuluk, fasakh, takliq malah juga isteri boleh memanipulasikan kuasa talak suami.Bagaimana memanipulasikan kuasa talak suami?

Seksyen 47 Akta Undang-undang Kekeluargaan Islam Wilayah Persekutuan (peruntukan yang sama bagi negeri-negeri lain di Malaysia, hanya berbeza sekysen sahaja) memperuntukkan bahawa sesebuah perkahwinan hanya boleh dipisahkan apabila ada persetujuan kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri.

Bererti apabila seseorang individu itu samada suami atau isteri inginkan perceraian maka Mahkamah menetapkan bahawa perceraian tersebut perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Sekiranya salah satu pihak tidak bersetuju maka perceraian tidak dibenarkan dan kes akan dibawa ke jawatankuasa pendamai.

Melalui jawatankuasa pendamai ini pula, sekiranya masih wujud pergolakan maka diwujudkan satu pihak yang dinamakan hakam. Di sinilah kuasa talak suami boleh dimanipulasikan.

Sekiranya pihak yang memohon perceraian adalah pihak isteri dan suami berkeras enggan menceraikan sedangkan pihak jawatankuasa pendamai dan hakam berpendapat perceraian antara kedua mereka adalah wajar, maka hakam akan mengambil alih kuasa cerai daripada suami. Menepati bahawa, isteri juga mempunyai kuasa cerai atau talak.

Begitu juga dengan fasakh, khuluk dan takliq… ketiga-tiganya memberikan kuasa kepada isteri untuk mendapatkan jalan keluar dari perkahwinan yang tidak lagi memberikan kedamaian dan kebahagiaan kepada mereka. Lantas, wahai lelaki dan suami yang merasakan hanya kamu mempunyai kuasa menceraikan…

berfikirlah semula dan berhati-hati dengan tingkahmu… jangan sampai satu masa, kamu yang diceraikan oleh isteri kamu.




6. Islam tak adil kerana bagi laki kawin banyak??apasal pompuan takleh byk gak???Cuba analisa logik di bawah..

Ok.Katakanlah penduduk dunia ini berjumlah lima juta orang lelaki hanya satu juta manakala selebihnya adalah perempuan.Dari segi lojik akal apa yang agama Islam anjurkan ialah yang paling munasabah.Kaum lelaki dibenarkan kahwin sampai empat kerana jumlah perempuan lebih empat kali ganda,tapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu.


Namun yang agak pelik budaya orang-orang barat,suami tidak dibenarkan berkahwin lebih dari satu tetapi suami tersebut boleh menjalinkan hubungan luar nikah dengan puluhan wanita lain,bahkan dengan Isteri orang pun boleh.Itulah hakikatnya,bertamadun betul la ya!!.

Yang menghairankan lagi TAKk pernah mereka mengkritik budaya ini tetapi sebaliknya apa yang Islam gariskan itulah yang depa kritik dengan bersungguh-sungguh,sedangkan ianya jarang berlaku,kalau ada pun satu dalam seribu.

Cuba kita kira brapa ramai orang Islam yang kahwin lebih dari satu?.Kalau ada pun boleh dikira dengan jari.Suka saya tambah disini,nafkah untuk anak-anak diwajibkan atas bapa samaada suami atau isteri itu bercerai atau pun tidak.Sebaliknya budaya barat takk menghiraukan semua ini.

Berapa ramai anak-anak yang tidak memgenali ibubapa mereka?Mengapa barat tak mahu mgkritik budaya mreka ni yg mengheret budaya tak ubah seperti binatang?Jangan lupa faktor peperangan juga turut mengakibatkan bilangan lelaki berkurangan dan sistem poligami Islam amat diperlukan di negara2 yg trbabit dgn perang itu.


Jika kita lihat dari konteks syumul, bilangan wanita lebih ramai lagi dari lelaki dan salah satu tanda akhir zaman ialah inilah. Mana lebih baik, mebiarkan perempuan2 menjadi andartu @ janda @ biarkan suami buat hubungan sulit @ zina dengan wanita lain tanpa ikatan yang sah di belakang kita dan terus meramaikan anak luar nikah hasil sumbangan hubungan terlarang itu??

Aaaaaaaa..knapa permpuan tak le kawin 4 jugak??


Hmmm..cuba bayangkan kalau perempuan boleh kawin 4, larat ke die nak layan nafsu suami die yang 4 itu??? Pengsan aku rasa...maklumlah, fitrah kejadian perempuan dan lelaki itu berbeza...perempuan ada masa dtg surut airnya..kadang2, kalau die datang bulan macam mana??? Takke 4 orang suami2 die tu kene puasa sbb tak le bini die nak layan??? Logik tak?

Lagi satu, kalau perempuan yg kawin 4 tu mengandung, mana satu bapak pada anak yg dikandongnya itu??? Suami pertamakah, kedua kah, ketigakah@keempatkah??? Boleh ke die nak bajet time bile die tidur ngan mana satu laki die tu sampai boleh wat die ngandong tu???Sure ke anak lahir tu anak suami mana satu?blh bajet ke sperm mana guna?nak Bin atau binti kan dengan bapak yang mana ek?hehehhe...




7. Last...soalan ringkas je nak tanya..sapa kata Islam tak benarkan pompuan jadi Imam dlm solat??

BOLEH!!!! Wanita boleh jadi Imam kalau die berjemaah dengan wanita-wanita lain. Hanaya dengan lelaki je dia tak boleh jadi imam..
Kenapa?? Ok..simple je logik nya...

Bayangkan kalau wanita jadi Imam kpada lelaki..do u think lelaki2 tersebut boleh bersolat dgn khusyuk dan tawadu'nya..??? Kamu rasa mana laki tu akan pandang???

Pandang sejadah tapi hati nak pandang Imam pompuan depan tu ke @ memang tak pandang sejadah pun tapi mata tu dok khusyuk tgk perempuan tu punya body masa die tgh sujud atau rukuk..
At last..solat ke mana kan???Hahhahaha...


Fikir2kan and runungkan:)

Sunday, July 4, 2010

PENYERAP TOKSIN



Menyahtoksik Untuk Kesihatan dan Kecergasan Tanpa Pil







Harga: RM 65.00
Super Kino Plus Ion Negatif - 1 KOTAK - 10 KEPING

Di sini anda akan diperkenalkan kepada KOYOK PENYERAP TOKSIN ~SUPER KINO plus Negative Ion, satu produk baru hebat abad ke-21 untuk keutuhan dan kesejahteraan kesihatan anda tanpa pengambilan pil!!

SUPERKINO BARU DENGAN TAMBAHAN ION NEGATIF
(New Super Kino Plus Negative Ion)
LEBIH KUASA DETOKSIFIKASI.LEBIH BAIK UNTUK KESIHATAN DAN KECERGASAN(More Detox Power. Better Health and Vitality)


Anda selalu merasa sakit-sakit sendi dan lemah terutama di bahagian kaki, buku lali, lutut dan pinggang serta telah menghabiskan beratus-ratus ringgit malah beribu-ribu untuk mengubati penyakit anda itu namun belum sembuh jua. Cubalah cara alternatif.Anda tidak perlu makan sebarang ubat. Hanya perlu tampalkan koyok SUPERKINO di tapak kaki anda sebelum tidur.

Formula SUPERKINO dari bahan semulajadi (cuka wood dan bamboo vinegar, dokudami, tourmaline, chitin-chitosan, vitamin C, Shokubutsu seni dan daun loquat) akan menyerap toksin badan yang menyebabkan kesakitan melalui tapak kaki anda. Anda akan tidur lena dan bila bangun pagi akan merasa segar dan kaki anda akan berasa 'ringan'. Ini berlaku kerana sebahagian toksin telah diserap keluar oleh SUPERKINO.Terus gunakan sehingga 3 - 6 malam. Setelah itu anda hanya perlu 'maintain' seminggu sekali sahaja untuk membuang toksin dari badan.Insya Allah kami jamin anda akan berasa lebih sihat selepas itu dan merasai kesihatan dan kesegaran yang telah lama tidak anda nikmati.

KENAPA PERLU SUPERKINO:

Hari ini keperluan asas seperti air, udara dan makanan telah dicemari dengan toksin sama ada dari hasil industri atau dari perencah makanan. Sekiranya badan kita mempunyai sistem pertahanan yang lemah, maka kita akan cenderung dihinggapi penyakit.

Setiap penyakit ada ubatnya kecuali umur tua dan kematian. Setelah melakukan penyelidikan selama 26 tahun, pakar kesihatan dari Jepun telah mendapati bahawa pokok-pokok dan tumbuhan merupakan antidot yang dapat membantu menyembuh pelbagai penyakit. Antaranya adalah bahan resin atau damar dalam pokok oak, sakura dan birch yang mempunyai khas mengkumuhkan/membuang toksin.

KENAPA MELALUI TAPAK KAKI :

Menurut perubatan Cina, kaki adalah umpama jantung kedua dengan mempunyai lebih 60 titik akupuntur. Melalui titik-titik ini, toksin akan disedut keluar melalui penampalan SUPERKINO.

Khasiat dan manafaat yang boleh didapati apabila menggunakan produk unik yang istimewa ini.

ORIYEN SUPERKINO adalah sejenis penyerap toksin yang sangat berkesan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak akibat:

- Gout (di sendi kaki)
- Sakit-sakit sendi di badan
- Sengal-sengal leher dan bahu
- Sakit pinggang
- Bengkak Urat, Kaki
- Rheumatik Arthritis
- Gingivitis (Sakit Gusi)
- Sakit bahagian tapak kaki
- Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengurangkan kekerapan dialisis pesakit buah pinggang
-Senggugut
-Kencing tidak lancar

SUPERKINO berfungsi mengeluarkan toksin daripada badan lantas mengaktifkan sel-sel badan, mempergiatkan metabolisma, memperimbangkan sistem keimunan, tidur lebih lena dan memberi tenaga kepada anda.


Bagaimana SUPERKINO bertindak :-

Koyok Telah Menyerap Toksin Badan


Lekatkan SUPERKINO di bahagian tapak kaki pada waktu sebelum tidur. SUPERKINO akan menyerap toksin badan anda melalui 60 titik-titik akupuntur yang terdapat pada tapak kaki. Toksin yang diserap akan bertindakbalas dengan serbuk warna putih tersebut yang mana akan bertukar menjadi warna perang atau perang gelap, tertakluk kepada ciri-ciri fisiologi badan anda sama ada banyak toksin atau sebaliknya, kemudiannya serbuk tersebut akan bertukar menjadi pepejal.


Cara Kegunaan:

Dengan melekatkan lapisan bertulis SUPERKINO di pertengahan pelekat, kemudian letak pelekat di tapak kaki. Untuk mendapatkan kesan terbaik, gunakan sebelum tidur. SUPERKINO juga boleh digunakan di bahagian lain badan yang sakit seperti bahu, tengkuk , pinggang dan lutut anda.





AWAS!!! PASTIKAN BAHAGIAN KOYOK TIDAK BERTULIS DITAMPAL KE TAPAK KAKI ANDA, JANGAN PAKAI TERBALIK. JANGAN TAMPAL PADA BAHAGIAN LUKA KERANA SUPERKINO AKAN MENYERAP KELUAR LUKA ITU.



Sejarah perubatan refleksologi telah mendokumenkan bahawa bahagian tapak kaki manusia merupakan tempat pertemuan hampir 70 urat saraf yang bersambung dengan anggota dan organ badan manusia.Apabila umur manusia meningkat, fungsi bahagian pembuangan toksin seperti hati dan ginjal akan menurun.Sebahagian toksin yang tidak dapat dikeluarkan dari badan akan tinggal dan mendap di bahagian terbawah badan iaitu tapak kaki. Toksin (Racun) ini menyebabkan kesakitan kepada bahagian lain badan kerana persambungan saraf bahagian kaki ke bahagian lain badan. SUPERKINO akan bertindak menyerap toksin dalam bendalir limfa ini dan akan menyihatkan kembali badan kita

Kandungan SUPERKINO:
Kanji Jepun - 50%
Cuka Kayu, Cuka Buluh - 40%
Herba Berubat, Tourmaline, Daun Loquat,Dokudami,Shokubutsu Seni,Vitamin C,
Chitin chitosan - 10%

Kandungan Tambahan SUPERKINO PLUS ION NEGATIVE:
Cendawan Agaricus, Kristal Perlite, Seramik, Minyak Kayu Putih, Kunyit, Halia, Buah Aprikot



Testimoni Pengguna Superkino


“Bekerja berhadapan dgn komputer menyebabkan leher dan bahu saya sering mengalami kesakitan. Saya telah mencuba pelbagai plaster termasuk plaster pelekat kaki dlm pasaran tetapi tidak dapat memberi kelegaan. Super Kino Plus bukan sahaja melegakan kesakitan leher dan bahu saya, Ia nya juga mengurangkan senggugut” – Suhaila – 30 – Kuala Lumpur.


“Saya sering mengalami masalah tidur dan berasa letih dan tidak bertenaga pada pagi keesukan nya.Ini menyebabkan saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa bekerja.Kini dengan Super Kino Plus, saya dapat tidur dengan lena, berasa lebih segar , cergas dan bertenaga pada setiap pagi ~~ Mrs Lim, 36, Kepong”

Saya mengalami kelenguhan pada bahagian leher yang berterusan dan sering diserang sakit kepala dari masa kesemasa. Doktor menasihatkan saya bahawa ini adalah disebabkan oleh gaya hidup saya yang tertekan dan keadaan postur badan saya. Pada mulanya saya berasa ragu-ragu untuk mencuba Super Kino. Tetapi setelah mencubanya, saya sangat kagum kerana kelenguhan pada leher saya hilang sama sekali dan saya tidak lagi sering diserang sakit kepala. Malahan saya berasa lebih segar dan lebih bertenaga setiap pagi.
Puan Zubaidah, 31, Kuala Lumpur



Ibu saya sering merungut kesakitan dan kekakuan pada bahagian lutut dan buku lali setiap pagi. Ini biasanya akan berlanjutan sehingga tengah hari dan menjadi semakin teruk semasa hujan. Dia diberitahu bahawa keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan kelaziman proses penuaan. Selepas mencuba Super Kino selama seminggu, ibu saya tidak lagi mengalami kesakitan dan pergerakannya menjadi semakin lancar.
Cik Sarah, 36, Petaling Jaya