CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, November 25, 2010

Cuti Hari Raya Haji


masa cuti hari raya haji balik kampung,kebetulan kawan anak aku emak dia ada buat kenduri doa selamat naik rumah baru..so diaorang ada jemput kami sekeluarga..baik sangat keluarga ni anak2 memang rapat.tapi kami ibubapa baru bersua muka...tengok tu siap mak dia jamu kuih serimuka lagi..air kopi mmmm hujan renyai2 pulak tu memang melantak la.....
ni la anak teruna aku yang pakai baju putih tu...yang hensem gile ni la rumah dia..memang cantik rumah dia
kenduri pun dah habis dia orang siap cuci periuk belanga,rajin betul dia orang ni...ni bihun sup masa blik kmpung hari tu suruh hubby singgah...masa kecik2 dulu ayah selalu bawa makan kat sini..sekarang aku bawa family aku pulak..anak2 cakap sedap,kebersihan kurang..sayang bisnes laku tapi X nak jaga kebersihan ni la orang melayu..sesiapa yang berniaga tolongggg la jaga kebersihan,itu patut diutamakan dulu

Monday, November 8, 2010

kenduri anak saudara

Minggu sudah hari khamis kebetulan pulak cuti sambut deppavali aku dan keluarga pergi KL,kakak ipar aku ada buat kenduri kahwin anak dia dua sekali,Tengku Syahmi dan Tengku Akilah.hari jumaat majlis akad nikah Tengku Syahmi dan hari sabtu kenduri ,hari ahad majlis menyambut disebelah pengantin lelaki Muhammad dengan pasangannya Tengku Akilah,tapi kami X dapat pergi sebab nak balik Penang..takut nanti X sempat...selepas kenduri hari ahad malam Tengku Akilah dan suami pulang ke Mesir untuk menyambung pengajian dalam jurusan doktor mungkin dalam setahun dua lagi baru habis......
pasangan yang berbaju biru tu la Tengku Akilah dan Muhammad
aku dah tersalah ambil pasangan...yang baju biru di sebelah aku ni abang ipar aku dan disebelah suami aku tu la isteri dia hahahaha
ini keluarga Muhammad...pengantin lelaki ni baik tak sombong,dah macam kenal 10 tahun punya la ramah, yang baju biru pegang handbag tu la mama dia
aku dan suami...ni baru betul pasangan dia..bergambar ngan pengantin Tengku Akilah
aku dengan biras aku yang baik hati(makngah)itu pangilan anak2 buah
ini souvenir dari pengantin lelaki...malam tu aku gi hantar kat dewan 3 buah kereta penuh barang2 untuk diagihkan pada tetamu
gambar selepas akad nikah Tengku Syahmi...semua saudara dari pehak lelaki
keluarga pehak perempuan
kesian kat pengantin sampai haus...nasib baik ada orang suapkan
habby dengan Tengku Anuar(dari Terengganu)jauhkan...waktu macam ni baru dapat jumpa saudara memang meriah
saudara disebelah pengantin perempuan
aku,suami dan mak mertua
anak aku yang sulung dengan sepupu dia(tangan patah main bola) kesian macam mana nak ambil SPM...pandai2 la engkau Tengku sediqi
bertapa sayangnya adik kepada abang...tangan kiri pun kiri lah
jemputan kumpulan alif
saudara sebelah pengantin lelaki
Pakngah dan keluarga
PakNgah pun tak ketingalan untuk bergambar dengan pengantin
makan beradap..kenapa aku yang dipilih..punya la segan
sukanya kakak..tersenyum tandanya gembira hahahaha
yang ni masih malu2 kucing

menuju ke dewan
bergambar dengan keluara pihak lelaki
tenang je muka Muhammad
menuju ke dewan
rombongan pengantin ada 23 buah kederaan terpaksa tunggu takut perpecah
dalam panas pengantin dapat berkerjasama...pos terbaik
kereta aku siap ada bunga lagi
ibubapa pengantin lelaki
sempat lagi ambil gambar....sebelum berangkat ke dewan
hantaran dari keluarga sukey
Maklong dan adik2nya dan anak buah
ibubapa sebelah pengantin perempuan
selepas akad nikah
ciuman dari seorang suami
mendengar taklimat sebelum bergelar suami
dicelah2 pun nak bergambar juga..sebuk sungguh kami berdua ni hahahahaha

Wednesday, November 3, 2010

EDNESDAY, OCTOBER 6, 2010

PERLUKAH KITA RASA DIHARGAI DALAM KEHIDUPAN INI


Semakin lanjut usia kita akan rasa cepat terluka,dipinggirkan dan pelbagai rasa yang menyentuh emosi. Jika dilayan perasaan ini tidak mendatangkan banyak kebaikan namun sedikit sebanyak perasaan ini mempengaruhi pemikiran kita. Bagi seorang anak perasaan ini perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh,bagi seorang ibu perasaan ini terlalu melukakan sanubari,dan bagi seorang bapa perasaan ini akan menggoncang peranannya sebagai seorang bapa.
Siapapun kita, kita perlu sedar peranan dan cuba menjaga perasaan orang lain agar kita saling melengkapi serta bahagia di dunia yang sementara ini.